Bio C Plus All Day Formula

Apakah itu vitamin C dan apakah yang dilakukannya?


Vitamin C yang juga dikenali sebagai asid askorbik merupakan nutrien larut air yang diperlukan manusia setiap hari untuk membolehkan fungsi utama dalam
tubuh berjalan lancar. Tidak seperti kebanyakan mamalia dan haiwan lain, manusia tidak mampu untuk menghasilkan vitamin C sendiri. Oleh itu, kita mesti mendapatkan vitamin C menerusi diet kita.

Vitamin C dan peranannya dalam kesihatan


Vitamin C menggalakkan sistem imun yang kuat: Sel-sel darah putih mengandungi lebih banyak vitamin C kerana tugasnya ialah melawan
jangkitan dan penyakit. Mengekalkan paras vitamin C yang stabil adalah penting supaya selsel ini mempunyai akses berterusan kepadanya.

Penyerapan zat besi: Vitamin C membantu penyerapan zat besi daripada makanan berasaskan tumbuhan. Ia juga membantu sistem imun berfungsi dengan sempurna untuk melindungi tubuh daripada penyakit.




Vitamin C melawan kerosakan sel akibat radikal bebas: Dalam tubuh, ia bertindak sebagai antioksidan yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan radikal bebas. Radikal bebas adalah sebatian yang
terbentuk apabila tubuh kita mengubah makanan yang kita makan menjadi tenaga. Individu juga terdedah kepada radikal bebas dalam persekitaran daripada asap rokok, pencemaran udara dan cahaya ultraungu daripada matahari.


Vitamin C membantu mengekalkan kulit yang sihat: Vitamin C juga membantu dalam biosintesis kolagen iaitu komponen penting yang membantu penyembuhan luka. Vitamin C diperlukan untuk sintesis kolagen iaitu komponen struktur salur darah, tendon, ligamen, gusi dan tulang.


Neurotransmiter: Vitamin C juga memainkan peranan penting dalam sintesis
neurotransmiter, norepinefrina. Neurotransmiter amat penting untuk fungsi otak dan boleh mempengaruhi mood.


Menentang alergi: Dalam tindak balas alergi, pembebasan histamina boleh menyebabkan salah satu atau lebih simptom berikut:
• Gatal hidung, bersin dan menghasilkan lebih
banyak mukus
• Gatal kulit, menjadi ruam atau gatal-gatal
• Sinus tersumbat menyebabkan sakit kepala
• Paru-paru berdehit atau mengalami sentakan

Vitamin C membantu mengurangkan kesan histamina ini.




NUTRILITE Bio C Plus All Day Formula

NUTRILITE Bio C Plus All Day Formula memberikan anda vitamin C yang anda
perlukan untuk sepanjang hari. Ia dibebaskan secara perlahan-lahan dan lembut sepanjang hari supaya tubuh anda boleh menggunakannya dengan lebih cekap. Setiap tablet mengandungi vitamin C serta nutrien berasaskan tumbuhan daripada oren, lemon, limau gedang serta ceri aserola yang ditanam dan dipetik di ladang-ladang kami yang disahkan organik. Kini ada cara yang lebih baik untuk memastikan pertahanan semula jadi tubuh anda kuat.


Ciri-ciri dan Manfaat

✔ 500 mg dalam satu tablet nipis. Bersamaan dengan nilai pemakanan buah-buahan dalam jumlah  yang banyak.
✔ Penyerapan lebih baik, kurang pembaziran. Lebih banyak vitamin C boleh digunakan dalam setiap 
tablet.
✔ GAP - Lembut pada perut (Gentle on stomach). Pembebasan perlahan tetapi berterusan 
sepanjang hari, tiada sakit perut atau gangguan pencernaan.
✔ Sokongan sepanjang hari (All day support). Pembebasan perlahan tetapi berterusan menambah baik penggunaan dan mengelakkan pembaziran yang dikaitkan dengan dos besar.
✔ Nutrien berasaskan tumbuhan (Plant based nutrients). Mengandungi asas vitamin C semula jadi daripada ceri aserola yang digabungkan dengan antioksidan daripada bioflavonoid sitrus daripada
lemon, oren dan limau gedang.

Siapakah yang boleh mendapat manfaat dengan mengambil produk ini?

✔ Individu yang kerap berpergian dan atlet.
✔ Individu dewasa yang sibuk dan aktif yang mengambil vitamin C tetapi mahu cara yang lebih berkesan untuk memastikan pertahanan semula jadi tubuh mereka kekal kuat.
✔ Individu dewasa yang merokok kerana merokok boleh mengurangkan vitamin C dalam tubuh.
✔ Individu dewasa yang tidak makan buah-buahan dan sayursayuran yang tinggi kandungan vitamin C secara kerap.
✔ Individu yang menjalani gaya hidup yang penuh tekanan.



'AMALKAN SUPPLEMEN DAN GAYA HIDUP SIHAT  MENCAPAI KESIHATAN YANG OPTIMUM'






No comments:

Post a Comment