Sakit kepala migrain biasanya terjadi pada sebelah kepala sahaja dan biasanya digambarkan sebagai ‘berdenyut’. Kadang-kadang sakit juga boleh dirasai pada kedua-dua belah kepala. Biasanya, kesakitan bertambah secara perlahan-lahan, selepas itu ia beransur pulih dan hilang sepenuhnya selepas 4-72 jam. Kesakitan migrain boleh berada pada tahap sederhana atau sangat sakit. Pesakit mengadu mereka tidak dapat meneruskan kerja atau aktiviti-aktiviti apabila diserang oleh migrain. Serangan migrain mungkin jarang berlaku, contohnya sekali dalam beberapa bulan, atau kadang-kadang lebih kerap contohnya beberapa kali dalam seminggu.
Selain itu, pesakit boleh merasa loya dan kadang-kadang muntah. Semasa serangan migrain, kebanyakan pesakit tidak tahan dengan cahaya yang terang atau bunyi yang kuat, dan mereka lebih selesa berbaring di dalam bilik yang gelap sehingga sakit kepala hilang. Pergerakan kepala juga mungkin menyebabkan kesakitan bertambah.
Sebelum setiap serangan, pesakit mungkin mengalami perubahan dalam perasaan dan selera yang tidak begitu ketara. Perasaan ini bermula beberapa jam atau beberapa hari sebelum sakit kepala yang sebenar. Pada masa ini pesakit mungkin berasa letih, senang marah, murung dan mungkin menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.
Migrain mungkin berlaku lebih kerap jika adanya faktor pencetus :
✔ Makanan: alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya).
✔ Persekitaran: merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising, dan bau yang kuat contohnya minyak wangi.
✔ Psikologi:Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagaimya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan, tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang dipanggil ‘migrainhujung minggu’ (weekend migraine).
✔ Gangguan pada proses penghadaman.
✔ Waktu pemakanan yang tidak teratur.
✔ Ubat-ubatan: rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.
✔ Lain-lain: haid, pertukaran masa tidur, putus haid.
Namun begitu kesan daripada faktor-faktor di atas mungkin tidak sama bagi semua pesakit, contohnya untuk sesetengah pesakit serangan migrain tidak menjadi lebih kerap walaupun mereka mengambil keju dan coklat.
Bagaimana Boleh Mengatasai Penyakit Migrain Melalui Nutrilite.
B-complex
✔ Membantu mengurangkan sakit akibat migrain.
✔ Mengurangkan risiko serangan migrain.
✔ Mencegah penyakit lain seperti strok dan depresi
✔ Meredakan tekanan.
2) Calcium Magnesium D Plus ( RM80.15 180tab)
✔ Melembutkan dan membantu mengelakkan berlakunya kekejangan pada pembuluh darah yang menyebabkan migrain.
✔ Mempertahankan sistem saraf dan otot.
3) Salmon Omega Complex (RM92.75 60sg , RM176.30 120sg)
✔ Mengurangkan radang atau kesakitan akibat migrain.
✔ Melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh terutamanya kepala.
Setiap penyakit itu ada ubatnya dan kita perlulah berusaha ke arah yang lebih baik. Apa yang penting kita perlu ikhtiar dan berdoa agar usaha kita diperkenankan. Jika anda juga mempunyai masalah yang serupa seperti di atas dan berminat untuk mencuba produk NUTRILITE untuk mengatasi masalah gastrik anda.
Hubungi Saya
INSYALLAH dengan mengamalkan NUTRILITE, anda dapat mengekalkan kesihatan yang optimum.
Jujur. Ikhlas. Demi Kesihatan Bersama
No comments:
Post a Comment