Kehebatan Protein Kurnian Alam

Protein adalah sebahagian daripada setiap sel dalam tubuh. Tanpa protein tidak ada kehidupan. Tubuh manusia adalah satu pakej hebat yang terdiri daripada lebih 100,000 protein yang berbeza. Anda tidak boleh membuat protein. Ia mesti dimakan setiap hari dalam kuantiti yang mencukupi untuk menggantikan protein yang hilang setiap hari. Protein terbahagi kepada dua iaitu protein dari haiwan dan protein dari tumbuhan.


Mengapa kita memerlukan Protein

✔ Pertahanan dan Keimunan  

✔ Pertumbuhan dan Penyenggaran              
✔ Keseimbangan                                       
✔ Komponen Darah
✔ Kulit dan Rambut yang Sihat     
✔ Tahap Tenaga


Berapa Banyak Harus Diambil Setiap Hari?


Sebagai panduan umum, pengambilan dietari disyorkan (RDA) di Amerika.

Syarikat bagi protein ialah 0.8 gram setiap kilogram berat tubuh dewasa.
           Protein Harian (g) = 0.8 g X Berat badan (kg)


     Manfaat Kesihatan Protein Soya




Protein soya ditunjukkan dapat membantu mengurangkan paras kolesterol. Jumlah protein soya disyorkan yang akan menghasilkan kesan penurunan kolesterol ialah 25g sehari.



        Manfaat Kesihatan Protein Gandum


• Sumber metionina yang sangat kaya

• Sumber glutamina yang sangat kaya
• Kebolehcernaan tinggi
• Sumber yang selamat dan dikenal pasti dengan jelas
• Mampan


        Manfaat Kesihatan Protein Kacang Pis


• Sumber lisina yang sangat kaya
• Sumber arginina, BCA yang kaya
• Tidak alergenik
• Kebolehcernaan tinggi
• Sumber yang selamat dan dikenal pasti dengan jelas
• Mampan



   Tiga Adunan Unik!!!!




Generasi baru protein NUTRILITE adalah lebih baik kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan bermutu yang ditanam dan dipetik dari alam. Ia unik disebabkan rumusan adunan tumbuhan sepenuhnya NUTRILITE.Ia terdiri daripada tiga adunan yang unik iaitu soya,gandum dan kacang pis bagi membekalkan kombinasi protein dan asid amino yang betul untuk anda yang lebih sihat. Bukan semua suplemen protein dihasilkan sama.  Bukan semua sumber protein boleh membekalkan sumber protein yang lengkap tanpa lemak tambahan atau kolestrol.Dengan NUTRILITE All Plant Protein Powder yang baru, anda bakal merasai kuasa protein yang lebih baik.



    Pilihan yang Bijak!!!!



Oleh sebab NUTRILITE merangsang rasa kenyang, kemungkinan untuk anda makan di antara waktu makan adalah kurang kerana anda rasa kurang lapar. Satu hidangan NUTRILITE All Plant Protein Powder sahaja membekalkan 8 gram protein setiap hidangan 10 gram dan merupakan alternatif yang menyihatkan berbanding sumber protein yang biasa seperti daging merah, keju, telur dan susu lengkap.





 Ciri-ciri dan Manfaat

• Dari sumber semula jadi
• Mesra vegetarian
• Tanpa laktosa, supaya mudah dihadam
• Tanpa kolesterol dan rendah lemak bagi menyokong diet yang sihat
• Mudah dicampur dengan sebarang minuman atau makanan
• Tanpa perisa



 Cara Mengguna

Anda boleh menambah NUTRILITE All Plant Protein Powder ke dalam minuman atau makanan.
• Tabur di atas buah-buahan, bijirin
atau yogurt
• Campur dengan sebarang minuman


        Pelanggan yang Berpotensi



• Mereka yang mahu mengekalkan tenaga
• Mereka yang mencari pilihan protein yang lebih menyihatkan
• Mereka yang bersenam atau atlet
• Vegetarian
• Mereka yang alah terhadap laktosa
• Mereka yang mementingkan pemakanan



Siapa yang patut mempertimbangkan untuk mengguna suplemen protein?

Sesiapa sahaja dan setiap orang! Kanak-kanak sedang membesar (bukan bayi) remaja dan dewasa muda serta yang lain yang aktif dan/atau terlibat dalam olahraga. Suplemen protein juga boleh memberi faedah kepada ibu-ibu yang hamil dan menyusukan, orang lebih tua yang diet mereka sering kekurangan protein yang cukup, orang yang menurunkan berat badan atau diet rendah lemak, serta lakto-vegetarian.

Adakah Minuman Campuran Protein NUTRILITE (Perisa Beri Campuran) bagus untuk kanak-kanak?

Minuman Campuran Protein NUTRILITE (Perisa Campuran Beri) adalah minuman protein yang berperisa hebat untuk kanak-kanak. Ia lebih rendah kandungan gula berbanding minuman lain, tidak mengandungi pewarna tiruan dan laktosa (untuk memastikan ia mudah bagi sistem penghadaman) dan didatangkan dengan faedah pekatan NUTRILITE. Ia bukan sahaja bagus untuk kanak kanak, tetapi juga orang dewasa.

Adakah anda menambah isoflavon dalam Minuman Campuran Protein NUTRILITE (Perisa Beri Campuran) Nutrilite?

Tidak, isoflavon itu wujud secara semula jadi.

Apakah isoflavon?


Isoflavon adalah fitonutrien yang ditemui secara semula jadi dalam tumbuhan. Kacang soya adalah sumber utama isoflavon genistein dan daidzein yang sedia ada secara semula jadi. Penyelidikan klinikal manusia baru-baru ini menyatakan bahawa isoflavon adalah antara sebatian bioaktif yang bekerja bersama-sama dengan protein soya untuk menurunkan kolestrol darah. Protein soya yang diasingkan dalam Minuman Campuran Protein (Perisa Beri Campuran) NUTRILITE mengandungi isoflavon yang wujud secara semula jadi.


Adakah sebarang kelemahan dalam pengambilan protein soya?

Tidak, tiada kelemahan dalam pengambilan protein soya dan kita mempunyai pengalaman manusia berkurun-kurun untuk membuktikannya. Soya adalah satu daripada makanan tertua yang diketahui oleh manusia, dan telah menjadi ruji dalam diet orang Asia sejak berkurun-kurun. Malah, soya adalah protein lengkap, sama kualiti dengan protein daging, susu dan telur.

Apakah ciri-ciri Minuman Campuran Protein NUTRILITE (Perisa Beri Campuran)?


Minuman Campuran Protein NUTRILITE (Perisa Beri Campuran) mengandungi 8g protein dengan asid amino seimbang, 250mg kalsium, 30mg vitamin C, dicampur dengan perisa beri dan diuji selamat untuk tumbesaran kanak-kanak. Adakah sebarang contoh orang yang alah terhadap soya? Protein soya tidak mendatangkan sebarang risiko alahan luar biasa. Memang ada orang tertentu yang mungkin alah terhadap soya. Kejadian alahan soya yang dilaporkan hanya kira-kira 0.5 peratus dalam populasi orang dewasa..


Adakah benar bahawa protein soya memberi kesan terhadap penyerapan mineral seperti zat besi?

FDA telah mengambil pendirian bahawa data yang sedia ada tidak memberi bukti yang mengaitkan kewujudan zat besi dari produk produk soya dan protein soya terhadap masalah kesihatan dalam mana-mana bahagian populasi. Jabatan Pertanian Amerika Syarikat telah menyimpulkan bahawa diet yang mengandungi protein soya tidak mengubah secara ketara (dan mungkin sebenarnya memperbaiki) paras zat besi darah.

Bagaimana kita mendapat faedah daripada kandungan kalsium yang tinggi dalam Minuman Campuran Protein NUTRILITETM (Perisa Beri Campuran)?


Minuman Campuran Protein NUTRILITE (Perisa Beri Campuran) memberi 250mg kalsium setiap hidangan untuk membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Bolehkah Minuman Campuran Protein NUTRILITE (Perisa Beri Campuran) dicampur dengan mudah di dalam air?


Ya, Nutrilite menggunakan teknologi soya terkini dalam menghasilkan Minuman Campuran Protein NUTRILITE (Perisa Beri Campuran) yang bercampur dengan segera dalam air.

Mengapa vitamin C ditambah dalam Minuman Campuran Protein NUTRILITE (Perisa Beri Campuran)?


Minuman Campuran Protein NUTRILITE (Perisa Campuran Beri) ditambah dengan 15mg vitamin C setiap hidangan kerana vitamin C adalah nutrien yang menyokong kulit dan selaput mukus yang sihat, dan ia juga adalah nutrien antipengoksidaan..








AMALKAN SUPPLEMEN DAN GAYA HIDUP SIHAT UNTUK MENCAPAI KESIHATAN YANG OPTIMUM'



3 comments:

  1. Kami suami isteri telah mengambil protein selama lebih 20tahun. Memang bagus untuk kesihatan kita n famili..

    ReplyDelete
  2. Adakah protin ni bagus tuk dibetis

    ReplyDelete